Friday 3 November 2017

hello is it me you're looking for?

Hello.

Lama sudah kutinggalkan space ini. Hajatnya mau berplatform kan tumblr tapi disana macam tidak semangat mahu menulis.

Di petang Jumaat yang damai ini, aku menulis dalam kegelapan. Semua team aku tiada, boss keluar meeting di luar, sorang ikut, sorang cuti, sorang mengular. Jadi aku malas nak buka lampu, duduk diam-diam dalam gelap dengan laptop yang bersinar-sinar hehe.



Ini buktinya. Haha.

Sampai perlukan bukti?

Hidup macam mana? Hidup macam ni lah. Beli sebuah rumah recently. Rumah subsale sahaja, rumah di atas angin. Di Shah Alam ni rumah atas angin je aku mampu. Beli pun menggunakan duit peninggalan arwah ayah sebagai deposit. Bukan ayah tinggalkan sejelepuk duit, tidak, tapi ayah tinggalkan tanah, due to some reason aku jual tanah tu.

Apa lagi?

Anak? Masih dua hehe. Mungkin jap lagi jadi 3. Mungkin la, with Allah's will, anything is possible. Amna dah 5 tahun, Maysa dah 3 tahun. Both are such a doll, but sometimes menggeramkan juga perangai hehs.

Ok lah, bye.

No comments: