Tuesday, 29 June 2010

276

Ada suatu hari mak kata dalam beberapa bulan yang lepas, "Mak nk cari baju dalam macam ni tak tahu kat mana sekarang. Baju dalam ni tahan. Mak dah pakai suploh tahun"

Huh? Aku mendengar lalu terpaku. Hebatnya mak boleh jaga bra sampai 10 tahun boleh pakai lagi. Aku? Aku jangan di tanya. Aku punya jangka hayat bra memang tak tahan. 2 tahun rupa dah macam apa ntah. Sebab apa? Sebab aku rajin basuh bra pakai machine. Memang la letak dalam washing beg tu. Tapi dia masih bergomol2 dan terpusing-pusing bila dah campur dengan baju lain. Memang la ghope bra mak aku yang dah berusia 10 tahun tu jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan bra yang baru, tapi yang penting ia masih functional. Daya menarik (bukan daya penarik okeh) masih ada. Masih boleh dipakai dan menyokong dengan berjaya. ;P

Maka bila aku beli bra baru beberapa bulan lepas aku bertekad mau jaga bra aku sampai boleh tahan sampai 10 tahun macam bra mak. Jadi masa tu bertekad, aku mesti basuh bra pakai tangan.

Hasil azam tu aku selalu kehabisan bra. Hahaha. Sebab bila basuh baju pakai washing machine, bra aku ketepikan dulu dan hasilnya tak terbasuh sampai beliau nak abis stok. Kena pakai bra lama yang dah x berapa nak berkenan.

Maka adalah satu hari berjalan di Subang Parade terjumpa bra washing bag dekat kedai lingerie. Fizikalnya kelihatan meyakinkan, sebab ada plastik keras dekat atas dan bawah. Maka aku pun beli; mula-mula pakai sangat rasa seronok, sebab dah jumpa bra washing bag yang ajaib dan mampu melindungi bra-bra aku tu. Tapi ghopenya net dia x tahan. Terkoyak sana-sini. Plastik yang keras tu pun terkeluar dr tempatnya haish. Last2 minggu lepas zip dia koyak. Berakhir sudah riwayat bra washing bag ajaib.

Dan semalam aku berjalan di Jusco Pyramid terjumpa akan satu washing beg maha hebat. Aku harap dia mampu melindungi bra aku dan tahan lama. Kalau tak tahan lama gak tak tahu la nak kata apa lagi. Nak tengok ghopa dia sila scroll bawah.


































































































Tadaa!

It's a footwear washing bag!! Haha. belasah lah labu.

No comments: