Thursday, 8 July 2010

Dua Ratus Lapan Puluh Satu

Aku tengah bosan. Bos aku EL. Pagi tadi dengar berita bos EL ada terasa mau lompat-lompat macam beruk matyeh. Harap maklum bahawa itu adalah hiperbola yang sengaja aku melampaukan.

Baiklah. Aku dok blogwalking dan jadi stalker sambilan hari ni. Jadi aku nak jawab soalan ni. Sebab aku boring.

1) 5 nama samaran kamu:

- qila
- qila
- qila
- qila
Oh mai gowdd.. Kau percaya tak aku nak taip nama aku yang lain tapi tangan dok tertaip nama yang sama! Ada apa dengan tangan aku ni. Mengong. Baiklah. Kita cuba lagi.
- qila
- qia
- qi
- aqi
- aqil

okeh berjaya. napa aku dok tertaip nama qila sampai 4 kali pon aku tatau la.


2) 5 tarikh paling penting dalam hidup kamu:

- hari ibu
- hari ayah
- hari jadi aku
- hari jadi boypren
- hari pernikahan. eh jap. x wujud lagi tarikh tu -_-".

dulu aku masa kecit2 tapi sebenarnya x kecit sangat masa tu dah kat uni aku dok tekan-tekan kalkulator saintifik aku sambil jampi serapah dan masukkan formula hapa aku tak hengat konon-konon nak forecast tarikh aku akan berkahwin. aku dapat tarikh early July 2010. Ngehehe jadi aku memang sah-sah telah berfikiran superstitious. Apa nak jadi nii.. dah masuk uni pun nak tekan-tekan sendiri ramal hari kawen haha.

3) 5 perkara kamu buat semalam:

- training pasai expected loss
- gelak-gelak bila thomas menjadi pura-pura gatai apabila terlihat calendar eh 2010 aku yang mengandungi gambar fasha sandha, ella, camelia, fazura, maya karin, diana danielle berpakaian seksi.
- order kartika sari's brownies dr dya
- claim unrecorded leave yang bos janjikan sebab kitorang dok sakan kerja over weekend. aku coti panjang weekend ni bermula esok yiho
- hampir mengkhatamkan Prison Break semua 4 season aku tengok sekali gus sejak beberapa minggu yang lalu, tinggal 1cd ja ni. sampai x tengok tv aku dok tengok prison break

4) 5 perkara yang buat kamu gembira:

- makan
- tidur dan bangun lambat dan boleh menikmati waktu senggang antara bangun tidur dengan bangun dari katil. semakin panjang grace period tu semakin gembira lah aku
- dapat bersembang dengan orang yang sekepala yang boleh faham language aku
- dapat perfume / hand bag / kasut baru secara percuma. lagi best kalau secara pukal
- bila aku bahagia. bila aku x bahagia aku tak gembira.

5) 5 drama/ filem kegemaran kamu:

- Heroes
- 500 Days of Summer
- Lost
- Prison Break
- Little Miss Sunshine


Sebenarnya ada lagi 5 soalan. half way tiba-tiba rasa malas nak jawab. till then.

No comments: