Aku akui aku seorang yang mengelak konfrontasi. Betapa sesiapapun guris perasaan aku, toreh hati aku, selagi boleh aku akan elakkan konfrontasi. Lebih-lebih lagi konfrontasi yang bersemuka. Kerana aku sedar dan tahu sangat tentang aku; aku tidak bagus dalam mengawal emosi. Selalu saja pada konfrontasi yang memang kadang-kadang itu teman aku akan berkata selepas habis konfrontasi; "Kau kelihatan garang. Macam nak pukul orang saja". Aku helpless. Itu memang kelemahan aku mungkin.
Pernah tak kau rasa kau berbual dengan seseorang dan kau rasa seperti dia tidak mendengar apa yang kau katakan? Aku benci berasa seperti itu.
No comments:
Post a Comment