Friday, 17 June 2011

My Love i.e. Wedges

Ingat lagi beberapa hari lepas aku cakap pasal aku pergi shopping mall cari hadiah kawen Kembara Borealis dan Nani?

Sebenarnya pada hari itu aku ada window shopping di sebuah kedai kasut kegemaranku, Pedal Works. Termasuk kasut belasahan aku pergi kerja sekarang, sudah 3 pasang kasut aku beli di Pedal Works. Sebab utama aku suka Pedal Works adalah kerana kasut mereka super comfortable. Stylish and comfortable setanding Scholl, Hush Puppies.

Oh wait, kasut yang aku maksudkan sebenarnya sandal. Mahap mahapkan saya atas kekurangan vocab saya.

Jadi pada hari aku pergi window shopping hari tu, aku ada terberkenan dengan satu wedges. Simple, tapi aku suke sangat. Tapi oleh kerana harganya lebih dari seratus ringgit, aku mengambil keputusan untuk tidur atasnya (sleep on it) dahulu. Takmo buat pembelian impulse. Not good.

Tapi setelah dua tiga malam tidur aku masih terkenangkan wedges tersebut. Maka bangun pagi tadi aku berikrar dalam hati, saya mesti beli wedges Pedal Works itu!!


Maka arakian dengan itu pada waktu break tengahari Jumaat yang panjang tadi, aku pon pergi ke Subang Parade untuk membeli wedges idaman hati. Sampai sana saja, cis cis, rupanya diorang baru start buat sale. Maka aku dengan buasnya pergi ke bahagian sale dahulu dan melihat-lihat kasut yang on sale yang berharga RM29!!! Come on mannnn, RM29!! Sapa lah xnak kan. Setelah melihat-lihat aku sedikit berkenan dengan wedges yang aku fikir boleh di bawa belasahan ke office. Aku kan jalan kaki pergi office. 6-7 bulan taram kasut yang sama hari2 lunyai dah nak barai wedges Pedal Works aku yang sekarang ni.

Beg beli-belah boleh guna semula oleh Pedal Works



Hasil beli belah






Ye saya telah merembat 2 wedges dari design yang sama tetapi warna yang berbeza. Kenapa? Sebab comfortable sangat wedges diorang ni, nak nanges aku sebab lembut sangat, selesa, dan since it's RM29 per pair and it is MY SIZE, why not? Though design dia bukanlah aku suka sangat, macam macik2 sikit tapi tak po aihhh.

Psst. Pedal Works ada offer saiz utk odd saiz tau. So untuk aku yang saiz 9 Vincci ni memang tade hallah cari kasut kat sini. Tapi ada sesetengah cutting kasut PW aku kena ambik saiz 10. Humangaih macam bapak gajah kaki aku -_-".

Lepas tu staff PW ada rekemen aku satu kasut hitam yang juga berharga RM29yang comey yang aku fikir, eh kasut ni seswai buat pergi intebiu ni -walaupun job hunting pun main-main - akan tetapi menjadikannya satu alasan untuk membeli sepasang lagi kasut. Design yang ni is my taste. Oh pompuan. My husband is going to kill me if he read this post. :P Ampun baby/hubby/habibi/abi ampunnn.. Syg janji tak beli kasut lagi utk 6 tahun akan datang. Promise!








Hi, nama saya kasut! Tuan saya akan memakai saya untuk pergi ke interview mana-mana company yang menawarkan gaji RM4k. Amin. Hahahaha.




















Please bear with me sebab ada sepasang wedges lagi. Hihihi.

Wedges yang last ni kira star la, yang memang aku suuuuka sangat. Omey macam aku kan? Kan? Kan? Apa? Tak?? Cis ko memang.


Tapi sebenarnya wedges kat atas ni bukan lah wedges yang aku mimpi-mimpi kan at the first place. Tapi hari tu tak perasan wedges ni. Yang paling best haritu aku pergi wedges ni x sale, hari ni sale 30%. Hahaha. Bestnye dapat shopping macam ni. Heaven!

Wedges yang aku sleep on it tapi last-last tak beli pun. Kurang minat pulak dengan corak tu. If plain mmg cun oi.
Gambar bersumber dari Facebook Pedal Works.





Kasut kedua aku beli kat Pedal Works dulu-dulu adalah sebuah heels gabungan stiletto + gladiator. Lawa sangat-sangat, tapi aku pakai sekali dua dah sakit kaki -_-". Maka ia banyak tersimpan di kotak kasut. 


Dengan badan aku yang semakin memberat ni memang argh seksa nak menapak pakai kasut ni. Agak-agak kalau aku nak let go ada orang nak tak? RM60 je. Elok lagi kasut ni. Amacam? Amacam? 

No comments: