Early this morning I read the famous Hanis Zalikha’s blog, and she claimed that she loved visiting NYTimes website. Weird. As saya dah beberapa kali buka NYTimes and found nothing interesting kerana the news there were not related to Malaysia. So I can’t relate. Rupanya Hanis suka buka certain section macam Beauty, Fashion etc etc. Maka sampai office saya pun browse NY Times. Biasanya website wajib saya waktu pagi adalah TheStar Online dan Yahoo online. Saya suka baca artikel yang Yahoo! Highlight. Dah macam jadi kebiasaan sehari tak check mesti rasa tak lengkap. So di NY Times saya click section Technology dan juga Science. Hmm baru perasan betapa sekarang Sains dan Teknologi sudah diasingkan. Ingat kembali beberapa tahun kebelakang dua bidang ini sering disatukan di mana-mana. Tapi sekarang sudah tidak relevant untuk menyatukan kedua bidang ini.
Baca section Technology, banyak cerita tentang smartphone, well nothing really caught my attention.
Baca section Technology, banyak cerita tentang smartphone, well nothing really caught my attention.
Buka section Science.. wah. Seronok membaca artikel seperti The Bilingual Advantage dan The Period Table Expands Once Again. Apa? Jadual berkala dah pernah expand ke? Tak tahu pula saya. Ia membuat saya berfikir tentang bidang yang saya belajar di SPM, Matrikulasi dan universiti dahulu. Saya adalah pelajar BSc. Saya gemarkan Sains yang membuatkan saya terfikir (Biologi terkecuali).Saya suka bagaimana saya perlu berfikir menggunakan logic ketika menyelesaikan masalah Fizik (tahap SPM sahaja la haha), dan cracking my head untuk menyempurnakan tugasan tutorial Statistik dan Matematik di universiti walaupun acapkali saya tidak dapat menyelesaikannya.
Baru saya sedar yang saya merindui Sains. Sejak saya menjejak kaki ke alam pekerjaan pada May 2007 saya sudah lama meninggalkan bahan bacaan berbentuk Sains. Kini saya bekerja di bidang Financial Institution tugasan saya hanya memerlukan saya mencari bahan dan berita yang berkenaan dengan perniagaan, dan blahblahblahh. Sungguh saya rindu Sains. Apa yang saya buat di sini? *cringe*
Kenapa di Matrikulasi dulu saya tidak tukar dari Sains Hayat ke Sains Fizikal walaupun saya tidak suka Biologi?
FYI, waktu mengisi borang matrikulasi dulu saya tidak rasa saya mahu memasuki matrikulasi. Waktu itu universiti pilihan saya adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau ambil Diploma Pharmacy di UITM. Biasalah remaja kan, kalau dah suka yang tu nak tu juga. Guru kaunseling sekolah saya TAHU bahawa saya masih menimbang mahu mengisi borang matrikulasi atau tidak. Kebetulan ada kawan sekolah saya yang juga seorang anak guru di sekolah rendah saya dahulu tidak beli borang matrikulasi, guru kaunseling berpesan supaya saya memberi borang matriks kepada KN (anak cikgu sekolah kite dulu tu) jika saya tidak mahu memasuki matrikulasi. Namun saat akhir saya rasa tidak mahu ke matrikulasi dan kerana saya dah isi butiran diri, saya terpaksa juga menghantar borang matriks kepada guru kaunseling yang compile dan hantar borang permohonan kami secara satu batch.
Kenapa saya tak berterus terang saja pada guru kaunseling? Sebab saya rasa bersalah, saya dah conteng (isi butiran saya) dan tiba-tiba saya tak nak masuk matriks. Borang tu dah tak boleh digunakan orang lain. Saya dah menyebabkan KN kehilangan peluang untuk ke matriks. Hahahah. I was 17 years old kan. Tak berani berterus terang.
So what I did was, saya pangkah bidang yang salah di borang tersebut dengan harapan agar borang saya akan terdisqualified. Sebab terang-terang ada di panduan mengisi tu, kesalahan menanda bidang akan membuatkan borang anda tidak diproses. Maka saya memangkah bidang AKAUN walaupun saya pelajar Sains hahahahahahaha..
Namun, on a one fine day bila keputusan matriks keluar, saya masih terpilih. Saya dapat Sains Hayat!!!! -_-"
Desas desus mengatakan kalau dah dapat matriks memang UPU tak dapat. Maka saya pun masuk matriks.
Saya fikir masa tu; ”May be I was meant to BE in matriculation”. Dan saya meneruskan pengajian dalam Sains Hayat instead of tukar ke Sains Fizikal sebab saya fikir; “May be God has a plan for me. MAYBE I was meant to study in Sains Hayat” Hahaha, looking back I didn’t know whether it was a wise decision. Lagipun masa tu, saya tak berminat untuk jadi seorang jurutera, sebab abang saya dah ada seorang jadi jurutera, dan dia kata ‘bidang ini lebih sesuai pada lelaki, tapi tiada masalah kalau perempuan nak jadi jurutera’.
Saya pernah mendapat pelawaan untuk interview ke Universiti Teknologi Petronas atas biasiswa Petronas ketika menunggu result SPM. Tapi saya tolak mentah-mentah. Alasan tak nak jadi jurutera. Duh! Satu keputusan yang saya regret sekarang. Kalau dapat biasiswa itu tidak perlulah saya meminjam PTPTPu itteww!! Grr.
Nasi Goreng
Aku belasah goreng sesuka hati aku.
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. (Aku tak guna perencah segera nasi goreng tau *smug*)
2. Tumis bawang merah, putih dan ikan bilis sampai naik bau.
3. Masukkan sesudu dua sos tiram.
4. Masukkan 1/3 kiub stok ayam Maggi.
5. Pecahkan telur dan masukkan dalam kuali.
6. Masukkan hot dog yang dipotong kecil.
7. Masukkan nasi. Kicap sikit.
8. KACAU!
Siap! Tapi memang betul la kata ko Wong Lanang, masa aku rasa nasi tu dalam kuali, rasanya macam terlebih masin. Tapi bila makan tu rasa dia sedikit tawar. Nasib baik aku buat sambal kicap + ikan bilis goreng + bawang besar old style yang macam mak-mak kite suka makan tu. Boleh tahan gak aku masak! Haha.
2 comments:
ahh angkuhhh...hahaha. aku kalau banyak masa dan rajin memang buat macam kau juga. tapi duduk rumah sewa blender takder, batu lesung pun tak ada yang ada lesung pipit je hahah tak kelakar ;p
tapi orang kata kalau memasak untuk suami neh aura rajin dia lain macam sikit. tunggu pulak bila aku dah kahwin nanti macam mana hahaha.
hahahaha.. angkuh sekali sekala jaa..
haha imaginary 'rumah tangga' aku pun belum ada lesung batu lagi.. aku pakai housemate aku punya..
aku rajin sekali sekala je.. almaklumlah jarang bejumpe sesekali bejumpe tu mesti la nak saling tenung menenung muke masing2. kalau dah masak mmg x sempat tenung menenung ni
Post a Comment