Honestly.
Bila dah tiada baru terasa rindu itu mengetuk pintu dada tiap hari.
Rindu teringat dulu arwah ayah selalu belikan aiskrim zaman sekolah.
Coklat. Yoghurt. Dan apa-apa lagi.
Rindu betapa tiap kali arwah mahu ke pekan di tanya anaknya yang dulu bongsu mahu kirim apa-apa tidak?
Rindu zaman cuti universiti setiap pagi arwah akan bertanya anaknya yang bongsu gemuk malas buat sarapan ini, kamu mahu sarapan apa? Nasi lemak? Roti canai? Pau? Nanti ayah belikan.
Kalau difikir balik arwah terlalu baik dengan aku. Tidak pernah menolak apa yang aku minta. Sementelah aku juga tidak pernah meminta yang bukan-bukan.
Rindu. Sangat rindu padamu.
Usai pengebumian arwah tempohari, adik arwah yang bongsu mendekati aku. Katanya dulu arwah pernah berkata, masa aku masih bersekolah bila dia lihat aku sampai rumah dari sekolah awal petang, 'ayem' hatinya. Katanya aku ini anak kesayangan.
Aku kan anak bongsu. Walhal bila keluar bongsu baru arwah selalu kata depan-depan aku, adik nanti jadi macam kakak ya. Adik nanti belajar pandai-pandai macam kakak ya.
Hari tu pergi isi minyak terlihat seorang perempuan muda isi minyak, dalam kereta di tempat duduk penumpang si ayah duduk menunggu. Lantas, rindu.
Beberapa hari lalu terbaca post seorang anak yang bercerita ayahnya membelikannya sesuatu, lantas, rindu.
Kesat air mata. Kita berjauhan tidak lama. Hanya Al-Fatihah buat kiriman untuk ayah ya? Nanti bila ada rezeki lebih, aku hantar bekalan lebih untuk ayah ya.
No comments:
Post a Comment