Wednesday, 2 October 2013

Post sangat makmak

Tadi siang aku masih belum bekerja. Bangun pagi masih rasa macam tak nak hantar Amna ke babysitter. tapi pikir-pikir balik anta je la.. I need to do some house chores. Kalau Amna around memang alamat baru nak wat kerja sikit dah terdengar teriakan "Makkkkk.. Makkkk". Selalunya sebab barang yang dia cuba ambil tersangkut, atau jatuh ke tempat yang dia tak dapat capai, dan kadang-kadang saja nak buli aku tak ada pape pun dia sibuk teriak panggil MAKK.

Kain berlambak tak lipat. Baju-baju Amna yang lama nak kemas.

Tapi sesudah hantar Amna pukul 11am kepala aku tiba-tiba pening disusuli rasa lapar teramat sangat. Makan pungpangpungpang, pukul 1.30pm baru start buat kerja.

Baju lama Amna dah siap bungkus dalam plastik sandwich.

Dan dapur yang dah lama ku perati sebab tak berkenan benar dengan susun atur utensil dalam tu berjaya ku kemas, dan alih barang sikit-sikit.

Peti ais dah sparkling clean.

Baju yang berlambak je belum lipat lagi.

Aku bagitahu laki aku, aku nak ke IKEA. Nak polish lagi kedudukan martabat dapurku (walaupun jarang-jarang benau berasap wkwkwkw). Laki aku pulak extra rajin hari ni untuk berjalan maka ke Ikea lah kami....

Dan aku pun beli menatang-menatang yang aku nak.

Dan terbeli juga menatang-menatang yang aku tak plan nak beli.. Kah kah kah. kalau ikut hati banyak lagi menatang aku nak sauk.. tapi memikiorkan aku dah guna hampir RM600 bulan ni utk settlekan saman parking yang dah berabuk dan qurban. Maka aku dan money is no fren la this month. Ambik benda kecik-kecik pun dekat RM200 habis. Slaphead.

Tapi kan tapi kan ada menatang-menatang comel yang aku masih berhajat nak beli next time ke Ikea. Calon-calonnya adalah..

1. VATTENTAT

Kettle je la pun. Dah lama aku aim nak beli kettle baru. Sebab sekarang ni aku guna electric plastic kettle, yang tak bagus sebenarnya. Plastik dengan haba tak go well together, can cause you cancer blablabla. Tapi tengok la..kot terjumpa kettle electric yang comel2 ceramic ke lagi senang tak payah tenggek atas api.


2. PINGGAN MANGKUK

Hari tu aku hampir terbeli set Corelle yang ada 16 pcs tu. Rega RM350 tapi kira mcm kutu bayar RM50 sebulan. Tapi tak jadi sebab korum dah penuh. bila tengok-tengok Ikea punya dinnerware not bad eh. Satu set yang basic plain tak sampai 2 ratus. Tunggu aku gaji RM10k la baru bising nak pakai Corelle. Ukur baju dibadan sendiri dah la jarang masak ada hati nak pakai Corelle. Puhuhui.

Dah malam ni. Esok last berjimba ria di rumah. Khamis sudah perlu put on my professional  mask on. Talking of which, kalau ari pertama pakai sandal crocs je aci tak. Susah betul aku nak cari kasut sekarang ni.

2 comments:

pet09 said...

comelnya kalau baby panggil mak..ahai selalu kat maa atau mama kan..bestnya tak sabar nak dengar anak panggil kita

.theweirdo. said...

selamat bekerja di tempat baru!

aku pun tak tergamak nak beli corelle tu wehhh. mujur aritu masa kahwin dapat dua set. kalau harap sendiri nak beli memang tak la huhuhu.

p/s: susah benau nak komen blog mu ni sbb kena login bagai ahahaha.