Monday 5 January 2015

Hati

Kalau kau perasan post aku dated in Oktober kebanyakannya post berbaur emosi. Memang aku penuh dengan emosi masa tu. Aku adalah sangat cemburu dengan seorang guru sementara wanita di sekolah laki ku. 

Masa cemburu tu aku cakap pada diri aku, aku tak pernah tahu aku ada sifat secemburu ini.




Ada beberapa perkara yang aku perasan Allah saja nak uji aku, dengan bagi aku rasa apa sebenarnya perasaan itu.

Masa zaman universiti, ada seorang kawan satu course aku terlalu meminati seorang pelajar lelaki jurusan arkitek. Minat gila-gila, yang aku pun tak faham macam mana dia boleh meminati seseorang dengan hanya di sebelah pihak saja. Maksud aku, dia memang berkawan dengan lelaki tersebut atas nama kawan biasa tapi lelaki tu tak ada pun tunjuk minat. Pada aku, macam x patut nak rasa minat sangat pada orang yang kita tak tahu suka kat kita ke tak.

Sampailah satu masa waktu aku final year aku terminat kat seorang kawan kelas bahasa Inggeris dan terminat sangat. Terduduk terus bila sebenarnya he was seeing someone else. Ambik ko Allah nak bagi aku rasa. 



Sama juga kadang-kadang tengok anak orang lain demam aku terdetik je dalam hati anak aku dah lama tak demam, insyaAllah kejap lagi demam la tu. Kadang-kadang sukar nak control perasaan terdetik dalam hati ni. Walaupun tak zahirkan di mulut, Allah lebih tahu apa yang ada dalam hati hambaNya. Walaupun selalunya bila dah terdetik tu aku cepat-cepat istighfar, demam juga anak aku finally.



Dan kes yang aku cemburu di atas tu, rasanya ada satu post aku kata aku berasa sangat bahagia dan terlalu happy dengan kehidupan sekarang, tak pernah rasa sunyi/ tak best semenjak kehadiran anak pertamaku, dan the respected owner commented something on that.. dan a month after tu aku dipagut rasa cemburu terhadap suami sendiri. Sungguh maafkan aku jika aku tidak sensitif, kepada rakan-rakan yang  belum punya cahaya mata, yang belum berkahwin, sungguh maafkan kekhilafan aku. Allah maha adil, kan?


Kadang walau tulis/cakap dengan tiada sekelumit pun niat untuk membangga atau menunjuk, tapi mungkin aku tidak sedar Allah tu Maha Besar, Maha Menghakimi..


Maka jagalah hati..jagalah kata..

6 comments:

.the respected owner. said...

Allahu, sesungguhnya manusia diuji untuk beringat. perasaan juga ujian buat kita.

after i went thru two losses, i learnt that Allah takes what we love most as a gentle reminder; to see what we love utmost - Him or just mortal human beings. the thought of losing the ones we love already make us shivers; sesungguhnya tiada yang kekal kecuali Dia.

I pray nothing bad to you and family, Lillahitaala i felt no envy looking at your family - we are all blessed in different ways.

keep the negativity away, k? and smile always. i pray that you and husband would be together till jannah.

that you will live happily ever after.

:)

Unknown said...

qey, back to uni year, kita mcm tau je sape mamat yg qey terminat tu..hehe

qi said...

the respected owner, no problem. i am all positive! hehe

Nina, haha kelaka igt balik :P

pet9 said...

babe, I feel you! pasal anak demam tu sangat betul , sangat-sangat betul!!!' see tanda seru sampai 3x...

kadang kita terdetik je kat hati tapi betul2 jadi kat kita. contoh aku, wife bestfriend deliver premature and czer..aku masa dengar tu terus terdetik eh takutnya premature baby. last2 aku sendiri lahirkan hamza at 35 weeks and czer.

pastu dulu pernah terdetik-lambat anak sil ni cakap...now anak sendiri lambat cakap.

s a L o m a said...

banyak kali fikir macamtuuuuu.. sometimes i blame the parents why la rajin sangat post & share kt fb.. tapi maybe diorang nk share so that kita muhasabah kot.. or berkongsi rasa. who knows kan. im not in their shoes anyway, tak baik pulak fikir macamtu bila ingat2 balik.

tapi cant stop myself from thinking what if, what if, what if!

sampai i told my husband, is it ok for him if we dont have kids, just kita dua je sampai akhir hayat? sampai tahap tu tau. sigh. i think, im thinking too much. :(

qi said...

pet9, kann.. bila dah ada anak ni mmg kena keep negative thought at bay! tgk anak org lain, terdetik dalam hati, dan bammmm.. kena batang hidung sendri.

baru teringat dulu aku terfikir kakak sulung aku mcm x rapat sgt dengan mak mungkin sbb dia czer.. sbb kakak 2 yg lain nampak lg closer to mak dan mereka deliver anak secara normal. tup tup diri sendiri czer.

who are we to judge, eh?


saloma, alaaa.. i am one of those parents yg suka post gambar anak kat instagram and FB!! hehehehe.. don't, jgn pikir mcm tu.. anak tu rezeki beb, penyeri rumahtangga.